Thursday 19 April 2012

KGFKL Aktif dan Terus Aktif

Assalamualaikum w.b.t,

sepuluh jari disusun memohon ampun diatas kekurangan 'nukilan' didalam paparan kgfkl.blogspot.com akan tetapi kelab ini terus aktif dalam setiap aktiviti seperti Kejohanan Sukma dan Kebangsaan , persembahan di majlis perkahwinan, dan program bertamat peringkat antarabangsa. Perjalanan tahun 2012 mengorak dengan jayanya walaupun seperti yang kita ketahui pastinya terdapat halangan dan kekurangan perlu ditempuhi bagi menyempurnakan majlis. Syukur ke hadrat Ilahi diatas peluang yang diberi kepada kesemua ahli KGFKL dalam penyempurnaan program-program yang dilangsungkan. Berikutnya ingin kami penuhi entri ini dengan senarai program yang telah dijalankan setakat ini pada tahun 2012 :


i) Persembahan di Majlis Perkahwinan :
   1. Rumah En. Hassan ( Kg. Morak )
   2. Rumah Arwah Cikgu Sukari ( Kg. Kok Pasir )
   3. Rumah En. Wari ( Pasir Mas )
   4. Rumah Pok Mat Aye ( Kg. Laut )
   5. Rumah Pok Ya Ikey ( Kg. Laut )
   6. Rumah Pok Ya Nyapuh ( Kg. Laut )
   7. Rumah Saing Amru ( Kg. Mulong )
   8. Rumah Pak Din ( Cabang 4 Cerang )

ii) Pembukaan Gelanggang Baru :
   1. Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang - Dikelolakan oleh Razak Sulaiman
   2. Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut - Dikelolakan oleh Hissam Ibrahim
   3. Gelanggang Paloh Chicha - Dikelolakan oleh Muammar Hakim

iii) Kejohanan Yang Disertai :
   1. Kejohanan Silat Olahraga ( Sukma ) Peringkat Negeri Kelantan
   2. Kejohanan Silat Olahraga ( Kebangsaan ) Peringkat Negeri Kelantan

iv) Program Luar Yang Disertai :
   1. Wasit dan Juri Kejohanan Terbuka IPT ( UiTM Machang )
   2. Fasilitator Kursus Silat Seni dan Olahraga ( Bukit Keluang )

v) Penganjur Program :
   1. Program Bertamat
   2. Program Pembangunan Seni Gayung Fatani Kelantan di Thailand


Alhamdulillah, walaupun masih belum sampai setengah tahun kita telahpun melalui pelbagai program dan aktiviti sama ada di kawasan berdekatan mahupun keluar negara. InsyaAllah, kami akan cuba untuk mengemaskini perjalanan KGFKL supaya ahli-ahli kami yang berada diluar boleh menerima berita tentang perkembangan yang dilalui oleh KGFKL.

Sekian, terima kasih.
'Fatani Nusa Bakti'

Wednesday 22 February 2012

Pengembaraan fasa 2012 KGFKL kini bermula

Assalamualaikum w.b.t ,

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk kita menghadapi tahun 2011 yang penuh dengan pengajaran dan pelajaran yang baru kepada semua ahli KGFKL. Pelbagai rintangan dan pahit manis yang perlu ditempuh hingga "tidak tercapai akalmu - nyanyian elyana" untuk difikirkan berlaku itu berlalu dengan baiknya. Dalam tahun 2011, pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jayanya walaupun terpaksa berkorban dari segi masa dan kewangan.

Apa yang penting sekarang ini ialah kita perlu terus melangkah dan menjalani kehidupan ini selagi hayat dikandung badan. Dengan kehadiran tahun 2012 ini, sama-sama kita berusaha untuk melakukan atau menganjur pelbagai aktiviti lain yang mampu dilakukan supaya gelanggang KGFKL terus berkembang di seluruh tanah air. Tiada yang mustahil sekiranya semua ahli dan sahabat handai ikhlas menyokong dengan sepenuh hati perjuangan yang dilakukan ini.

terima kasih :D

p/s: Pengambilan sesi 2012 kini dibuka, tarikh tutup 21/12/2012. Sila-sila lah jemput keluarga dan sahabat anda untuk sama-sama mempelajari ilmu mempertahankan diri ini. maceh... :D

Thursday 8 September 2011

Majlis Berbuka Puasa KGFKL 2011

Sempena bulan Ramadhan, KGFKL sekali lagi mengadakan satu program iaitu majlis berbuka puasa beramai - ramai. Majlis tersebut telah diadakan di rumah Cikgu Faiz iaitu di gelanggang KGFKL. Majlis tersebut telah disertai seramai lebih kurang 120 orang. KGFKL telah menjemput ahli2 Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Cawangan Kelantan dan juga Terengganu. Alhamdulillah, majlis tersebut mendapat sambutan daripada saudara - saudara PSGFM yang lain termasuklah ahli - ahli lama KGFKL.......KGFKL juga bertuah kerana pada majlis tersebut, KGFKL di datangi dan di lawati oleh Ketua Wanita UMNO iaitu Nik Noriza Nik Salleh atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Cik.........Kak Cik dengan berbesar hati telah menyumbangkan buah kurma untuk majlis berbuka puasa KGFKL.........tak cukup dengan berbuka, Kak Cik bagi lg kurma untuk ahli - ahli KGFKL khususnya anak2 KGFKL untuk di bawa pulang ke rumah masing - masing.......

Saya orang panggil Cikgu Faiz........cikgu ke????????hehehe.......
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis berbuka puasa KGFKL 2011.........terima kasih buat tukang masak......(kalau tak, tak berbuka kita semua), buat keluarga saya, keluarga Abe Hanif, keluarga Pok Jak ( hehehe....tuo bunyi.....), jurulatih2 KGFKL, Ahli2 KGFKL, dan semua yang terlibat.......

buat Kak Cik, lain kali kami alu - alukan kehadiran Kak Cik ke Kelab kami dan juga majlis2 kami yang akan datang........terima kasih buat Ayu Sulaiman ( wakil Kak Cik untuk berbuka puasa bersama-sama KGFKL.........heheh)


barisan pejuang2 KGFKL

makannnnnnnnnnnnnnn

menunggu waktu berbuka.........

Tuesday 6 September 2011

Gotong Royong Membersihkan kubur lama Kg Laut

Assalamualaikum...........
kembali bertemu di alam maya........hehehe

Kali ini saya ingin berkongsi berita terkini KGFKL........sempena bulan Syaaban, sebenarnya sebelum menyambut Syawal...........hihi........KGFKL telah mengambil inisiatif untuk bergotong royong membersihkan kubur lama Kg Laut.........Gotong Royong ini disertai seramai lebih kurang 30 orang ahli termasuk jurulatih........kami sama - sama membersihkan kubur yang pada pandangan saya, terlalu semak.....sehinggakan tak nampak batu nisan........hehehe........gotong royong dilakukan pada hari jumaat pagi.......Walaupun penat, jelas terpancar perasaan puas hati di wajah anak2 KGFKL..............TQ semua........

Saturday 11 June 2011

Eksplorasi Kemasyarakatan Orang Asli Sungai Rual ( 27-29/5/2011 ) part 1

Assalamualaikum, entri kali ini berkenaan aktiviti terbaru oleh Kelab Gayung Fatani Kampung Laut. Aktiviti riadah santai iaitu Eksplorasi Kemasyarakatan Orang Asli di Sungai Rual Jeli telah mencipta seribu satu kenangan. Alhamdulillah, kehadiran kami disambut mesra oleh penduduk tempatan dan memudahkan perjalanan aktiviti ini. Banyak perkara yang dipelajari oleh ahli-ahli KGFKL tentang kehidupan Orang Asli. Walaupun tidak banyak kemudahan yang mereka kecapi, kehidupan yang mereka alami ketika ini sudah cukup memberi erti kehidupan kepada mereka. Kita yang hidup dalam suasana yang lebih maju seharusnya sentiasa bersyukur apa yang kita miliki hari ini. Tanpa perlu menulis panjang, kami ingin berkongsi gambar-gambar sepanjang program berjalan. :D






lihat muka masing2... buahaha..





haish.. guano tu?


Syahmie : saya ingin mencari nafkah untuk adik-adik...


( Jungle Trekking )








Lagu Untuk Ahmad

Ahmad…
Kau selalu dihatiku
Ahmad…
Luluhkan keangkuhanku,
Ahmad…
Ingin aku cepat-cepat,
Bercinta dengan lelaki paling hebat..
 
Buahahahaha....
 
( Ketibaan Di Kawasan Air Terjun Lata Rengut )













( Aktiviti Sukaneka )

Tok Batin Sedang Menyilap Mata Kanak-Kanak
Tok Batin : Jeng... jeng.. jeng...



Bermain Batu Negeri Sembilan

( Sumpit Belon )







Nantikan sambungan part 2.. huhu... c ya...
Fatani Nusa Bakti

Friday 29 April 2011

Majlis Perpisahan Amin ( Jurulatih KGFKL )


Majlis Perpisahan Amin


Kelab Gayung Fatani Kg Laut kehilangan seorang jurulatih yang berkaliber kerana Amin telah berjaya melebarkan sayap kerjaya beliau dalam bidang kebombaan. Walaupun warga kelab sedih dengan pemergian beliau, akan tetapi warga kelab tetap mengucapkan tahniah kepada beliau dan semoga lebih sukses dalam menempuh kehidupan. Jasa beliau dalam melatih dan mendidik anak2 Kelab Gayung Fatani Kg Laut dan khususnya gelanggang SMU Bustanus Saadah diucapkan jutaan terima kasih. Jasamu tetap di kenang dan tunjuk ajarmu tetap kami perlukan.....

Gambar yang berjaya dirakam oleh lensa kamera di sepanjang majlis berlangsung :