Thursday 19 April 2012

KGFKL Aktif dan Terus Aktif

Assalamualaikum w.b.t,

sepuluh jari disusun memohon ampun diatas kekurangan 'nukilan' didalam paparan kgfkl.blogspot.com akan tetapi kelab ini terus aktif dalam setiap aktiviti seperti Kejohanan Sukma dan Kebangsaan , persembahan di majlis perkahwinan, dan program bertamat peringkat antarabangsa. Perjalanan tahun 2012 mengorak dengan jayanya walaupun seperti yang kita ketahui pastinya terdapat halangan dan kekurangan perlu ditempuhi bagi menyempurnakan majlis. Syukur ke hadrat Ilahi diatas peluang yang diberi kepada kesemua ahli KGFKL dalam penyempurnaan program-program yang dilangsungkan. Berikutnya ingin kami penuhi entri ini dengan senarai program yang telah dijalankan setakat ini pada tahun 2012 :


i) Persembahan di Majlis Perkahwinan :
   1. Rumah En. Hassan ( Kg. Morak )
   2. Rumah Arwah Cikgu Sukari ( Kg. Kok Pasir )
   3. Rumah En. Wari ( Pasir Mas )
   4. Rumah Pok Mat Aye ( Kg. Laut )
   5. Rumah Pok Ya Ikey ( Kg. Laut )
   6. Rumah Pok Ya Nyapuh ( Kg. Laut )
   7. Rumah Saing Amru ( Kg. Mulong )
   8. Rumah Pak Din ( Cabang 4 Cerang )

ii) Pembukaan Gelanggang Baru :
   1. Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang - Dikelolakan oleh Razak Sulaiman
   2. Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut - Dikelolakan oleh Hissam Ibrahim
   3. Gelanggang Paloh Chicha - Dikelolakan oleh Muammar Hakim

iii) Kejohanan Yang Disertai :
   1. Kejohanan Silat Olahraga ( Sukma ) Peringkat Negeri Kelantan
   2. Kejohanan Silat Olahraga ( Kebangsaan ) Peringkat Negeri Kelantan

iv) Program Luar Yang Disertai :
   1. Wasit dan Juri Kejohanan Terbuka IPT ( UiTM Machang )
   2. Fasilitator Kursus Silat Seni dan Olahraga ( Bukit Keluang )

v) Penganjur Program :
   1. Program Bertamat
   2. Program Pembangunan Seni Gayung Fatani Kelantan di Thailand


Alhamdulillah, walaupun masih belum sampai setengah tahun kita telahpun melalui pelbagai program dan aktiviti sama ada di kawasan berdekatan mahupun keluar negara. InsyaAllah, kami akan cuba untuk mengemaskini perjalanan KGFKL supaya ahli-ahli kami yang berada diluar boleh menerima berita tentang perkembangan yang dilalui oleh KGFKL.

Sekian, terima kasih.
'Fatani Nusa Bakti'

Wednesday 22 February 2012

Pengembaraan fasa 2012 KGFKL kini bermula

Assalamualaikum w.b.t ,

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk kita menghadapi tahun 2011 yang penuh dengan pengajaran dan pelajaran yang baru kepada semua ahli KGFKL. Pelbagai rintangan dan pahit manis yang perlu ditempuh hingga "tidak tercapai akalmu - nyanyian elyana" untuk difikirkan berlaku itu berlalu dengan baiknya. Dalam tahun 2011, pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jayanya walaupun terpaksa berkorban dari segi masa dan kewangan.

Apa yang penting sekarang ini ialah kita perlu terus melangkah dan menjalani kehidupan ini selagi hayat dikandung badan. Dengan kehadiran tahun 2012 ini, sama-sama kita berusaha untuk melakukan atau menganjur pelbagai aktiviti lain yang mampu dilakukan supaya gelanggang KGFKL terus berkembang di seluruh tanah air. Tiada yang mustahil sekiranya semua ahli dan sahabat handai ikhlas menyokong dengan sepenuh hati perjuangan yang dilakukan ini.

terima kasih :D

p/s: Pengambilan sesi 2012 kini dibuka, tarikh tutup 21/12/2012. Sila-sila lah jemput keluarga dan sahabat anda untuk sama-sama mempelajari ilmu mempertahankan diri ini. maceh... :D