Thursday 7 April 2011

Pembukaan Gelanggang Kelab Gayung Fatani Kg Laut ( 2 Oktober 2010 )

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik, abang, dan pembaca yang dirahmati sekelian. Syukur Alhamdulillah, entri yang pertama berjaya dicipta dalam blog khas bagi gelanggang Gayung Fatani cawangan Kampung Laut iaitu Kelab Gayung Fatani Kg Laut. Selari dengan peredaran zaman dan teknologi semasa, kita semua dapat memanfaatkan kemudahan ini untuk menyebarkan informasi, aktiviti terkini yang dialami oleh kelab kita.

Untuk entri ini, adalah lebih baik sekiranya saya mulakan tentang info penubuhan kelab ini. Baiklah, sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut. Izinkan saya bertanya 1 soalan untuk anda.

Apa khabar anda ketika ini ? saya amat berharap anda diberikan nikmat kesihatan oleh Allah ketika ini. Sekiranya anda mungkin berasa letih2 tubuh mahupun tidak bermaya ataupun mengalami sebarang penyakit. Jangan malu2 untuk lawati dan mencari info berkenaan herba bagi merawat penyakit yang anda alami di www.KhasiatBumi.com selaku penaja blog percuma ini. 

Terima Kasih.

Sekarang, jom kita tengok beberapa gambar yang berjaya disnap oleh kamen rider kameraman ketika majlis pecah tanah. 

AMARAN : Anda dinasihatkan supaya membuka mata untuk melihat gambar2 tersebut. Sekian.


Majlis pecah tanah telah diadakan pada 2 Oktober 2010.


Cikgu Faiz berganding bahu dengan pemandu jentera sodok untuk memecah tanah




Cikgu Faiz dan Amin memerhatikan tumbuhan2 yang disodok sambil
menunggu peluang untuk mengambil akar2 kayu yang mungkin terdapat disitu.
Tapi sayang, mereka gagal....  



proses menyodak giat dilakukan...



Encik Abdul Razak sempat termenung sejenak bagaimana sekiranya
beliau mampu membuka kedai bego seluas itu...



Nurul Asma dengan motornya berjaya memunggah pasir2
untuk diratakan dikawasan gelanggang.



Pasir sudah sedia untuk diratakan...


minum air luh... letih weh wak kijo..



Kerja2 meratakan pasir dimulakan dengan gigih dan 
diketuai oleh Cikgu Faiz



Kereta sorong diperlukan untuk membajak pasir2 kebahagian lain. Di samping itu,
Amin bijak menggunakan kesempatan itu untuk berlatih memandu sebelum
ditest oleh encik JPJ.

Itulah antara juadah2 gmbar yang mampu saya sediakan dahulu kerana saya tidak mempunyai sumber yang secukupnya untuk dimasukkan kesini.

Saya berharap, para2 pembaca yang tidak berada di luar wilayah celcom kawasan kampung laut (termasuklah saya) ketika perisstiwa berlangsung dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang aktiviti yang diadakan ini walaupun melalui nukilan dan gmbar2. Sekian.

-Admin
Fatani Nusa Bakti